~* الحضارة
Ulama` Pewaris Nabi
(Nasyid Nadamurni)
Ulama` pewaris Nabi
Beribadah banyak sekali
Akhlak baiknya ketara sekali
Ia jadi bunga diri
(ulang rangkap 1)
Pemurahnya laksana air yang deras
Tawaduknya menyejukkan hati
Kasih sayang nampak di wajahnya
Dia hidup sederhana
Dia bercakap dari hati
Bukan dari hobinya sendiri
Bukan kerana pangkat yang rasmi
Bukan kerana jawatan yang tinggi
(ulang rangkap 1)
Dia menasihati manusia
Yang di atas dan yang di bawah
Yang berkuasa dan rakyat jelata
Kasihan kepada yang jahil
Ingin mendekati untuk dibaiki
Dia marah tidak ketara
Beraninya luar biasa
Kepada siapa sahaja (termasuk raja)
Diri keluarga contoh masyarakat
Pimpinannya kepada UMMAT
Mengingatkan tipu daya dunia
Cintakan kepada akhirat
Berfatwa sungguh berhati-hati
Menfitnah jauh sekali
Dihormati oleh semua
Segenap lapisan masyarakat
Kecuali yang hasad dengki
Dan munafiq di zaman ini
Dia ditakuti yang punya cemeti
Kerana cakapnya diikuti.
Sebahagian Sifat Mahmudah
(Buat anak didik al-Marhum Ustaz Fadhil)
Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki, payah dijaga
Hanya yang punya…yang bermujahadah
Hanya yang punya…yang bermujahadah
Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi..tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza
(ulang rangkap 1)
Redha sifat hati yang suci
Pujian yang tiba.. rasa gembira
Atau tiada takkan terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Sifat sabar.. sedikit berbeza
Ujian yang menimpa.. sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata.
(ulang rangkap 1)
( ulang rangkap 3,2,6,1 &2)
Semarak Perjuangan
(Sautul Amal)
Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana… Allahuakbar!
Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa UMMAH
Bersiap menghadapi cabaran
(ulang rangkap 2)
Semarakan semangat perjuangan
Usahlah kita terus berleka
Menegak kemaarufan
Menentang kemungkaran
Allah pasti bersama
Bentukan ukhuwah, hidupkan jamaah
Susunlah barisan, usahlah berleka
Bersatu teguh mara bersama
Semoga Islamkan subur
Kerahkan tenaga.. buah fikiranmu
Korbankan harta.. sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah
Laungkan takbir.. Allahuakbar!
Bersatulah kita, bergerak melangkah
Tegakan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang
(ulang rangkap 5,2 & 6)
Antara pesanan al-Marhum Fadhil Noor, jika nak menjadikan contoh atau ikutan kepada ummah akan seseorang `tokoh` maupun pemimpin ambilah contoh dari mereka yang telah meninggal dunia kerana telah ternyata dan tertutup segala amalan baik serta buruknya. Amat berbahaya jika mengagung-agungkan atau mendewa-dewakan pemimpin yang belum mati kerana akhir atau kesudahan hidupnya sendiri (tokoh tersebut) pun belum diketahui samada menguntungkan Islam atau merugikan ummah. Wallahua`lam bissawab.
Dari Ibnu Ramadhan.
``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan