Halaman

Sabtu, 14 Ogos 2010

Issunya, Negara & Kepimpinan Islam Bukan Mengkufurkan - Buletin/Bil 69


Firman Allah swt bermaksud; Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak-anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya ia terhadap kamu adalah musuh yang nyata! Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu, Maka apakah kamu tidak memikirkan ?. Yaasin 60,61 & 62.
Maka benarlah Tuhan yang Maha Agung! Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad saw kaum kerabat dan semua sahabat yang seperjuangan dengan Baginda saw, radhiyallahuanhum ajmaen.

Bertemu semula kita saudara muslimin dan muslimat sekelian, menyambung perbincangan keluaran lalu. Dalam usaha menegakkan kembali sebuah Daulah Islamiyyah setelah jatuhnya Khilafah Othmaniyyah di Turki, kebanyakkan dari kita mudah terkeliru kerana lama berada dalam penjajahan dan dipisah serta dipecahkan dari membincangkan issu-issu sebenar perjuangan ummat Islam. Negara-negara ummat Islam moden sekarang, walaupun `merdeka` tetapi masih menjalankan sistem pemerintahan berdasarkan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah-penjajah mereka. Ini faktanya yang berjalan di seluruh dunia ummat Islam sekarang termasuklah negara kita Malaysia.

Ada 2 perbezaan asas yang perlu dilihat oleh ummah untuk mengenali sesebuah negara moden sekarang iaitu manusia sebagai pelakunya dan sistem sebagai falsafah dan doktrin serta undang-undang negaranya:
1)Individu atau kelompok (muslim) yang memerintah sebuah negara dengan sistem bukan Islam.
(Seperti Malaysia dan kebanyakan negara-negara ummat Islam)
2)Individu atau kelompok (kafirin) yang memerintah sebuah negara dengan sistem bukan Islam (kufur).
(Seperti Thailand, Singapura dan lain-lain)
3)Individu atau kelompok (muslim) yang memerintah sebuah negara dengan sistem Islam.
( Seperti Daulah Islam Madinah yang berkembang sehingga jatuhnya Khilafah Othmani)

Maksud saya ke -3 inilah, yang dicita-citakan oleh ummah semua untuk membangunkannya kembali supaya menjadi realiti. Kenapa pula kita perlu berselindung dan takut untuk menjelaskannya kepada semua khalayak manusia. Kita bukan nak buat perkara yang salah atau mustahil tetapi perkara yang pernah dan diakui oleh semua tamaddun moden sebagai yang terbaik pernah wujud dan paling berjasa kepada semua manusia.

Bila saya mengatakan kerajaan yang ada sekarang bukan sebuah kerajaan Islam adalah merujuk kepada sistem yang terpakai dalam pemerintahannya bukan diri individu-individu tersebut samada PM atau Agung serta kabinetnya. Saya bersetuju dengan komen saudara kita pensyarah di Bangi, kita tidak boleh mudah mengkafirkan saudara sesama Islam semudah meminum secawan kopi. Cuba baca betul-betul, saya pun tidak kafirkan orang Islam, selagi zahirnya mengucap 2 kalimah syahadah dan dia mengaku Islam tidak melakukan perbuatan syirik. Soal mereka tidak melaksanakan perintah-perintah Allah swt seperti solat dan undang-undang itu terpulang kepada diri masing-masing samada kejahilan, kelemahan, malas, tak sedar, masih jadi `hamba orang putih` atau memang dia tahu kata salah tapi sengaja tak mau juga, itu semua urusan mereka sendiri dengan Allah swt. Darah mereka tetap haram kita tumpahkan, saya menolak perjuangan cara Osama Ben Laden. Kita yang dah mengaku Islam insyaAllah faham pula, teruskan kerja kita.
Dan saya suka untuk menambah serta mengulangi lagi di sini bahawa sistem demokrasi yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana pun dalam dunia ini bukanlah sistem Islam (sistem kafir). Kita tidak pula  boleh mengatakan sistem itu berasal atau sebahagian dari ajaran Islam. Jika ada gerakan Islam seperti Ikhwan menyertai pilihanraya hanyalah mengambil peluang menyampaikan dakwah dalam ruang demokrasi sahaja. Kepada seorang Ustaz yang mengecil-ngecilkan perjuangan Ikhwan di Mesir hingga sanggup pula nak bawa saya pi melawat  Cairo untuk buktikan kegagalan mereka di sana berbanding PAS yang `berjaya` di sini, saya ucap terimakasih kepada beliau. Saya cuma nak bagi tau di Mesir memang ramai yang mengaku dari Ikhwan Muslimin walaupun saya tak pernah pi ke sana. Sekarang ni di Malaysia pun dah banyak juga `group` yang mengaku `Ikhwan` tapi hati-hati jangan mudah nak buat kawan, nanti jadi tak ketahuan! Musuh pun dia buat mesra lebih dari kawan. Ada pula… punya la sirr.. sampai di balik sebilah lidi penyapu pun nak bersembunyi. Malaysia belum lagi sebuah Negara Islam hanya Negara ummat Islam. Begitu juga Kelantan dan Kedah hanya negeri ummat Islam bukan lagi negeri atau wilayah Islam. Dalam konteks ini kedudukan PAS dan UMNO, 2 x 5 saja, masih bergayut dan mengharapkan ehsan  berhala demokrasi.

Ada yang mempertahankan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dari sudut dasar parti masing-masing berbeza. PAS dikatakan berdasarkan Islam dan termaktub dalam buku perlembagaannya. Alhamdulillah jika praktiknya pun begitu, tetapi budaya apa dan cara hidup apa yang selama ini mereka terapkan kepada ahlinya dan masyarakat awam. Berapa banyak kita tengok dan jumpa di sekeliling kita mereka yang mengaku Islam hanya pada nama serta bin sahaja tetapi hidupnya masyaAllah! Hanya Allah swt sahaja yang tahu, lebih teruk berbanding orang kafir. Ini penyakit kira nama dan dasar dalam hati saja laa... Kalau nak kira nama atau berbangga dengan dasar sahaja dah cukup Islam maka `hebatlah` perjuangan Islam kita.

Begitu juga bila saya mengatakan ummat Islam tidak sepatutnya menjadi `perkakas thoghut` bukan bermakna kita tidak boleh berjawatan dalam kerajaan yang ada sekarang ini. Cuma mereka yang masih perlu berjawatan dalam kerajaan kena sedar sebagai pejuang Islam mesti tahu nak membangunkan serta membina semula tamaddun atau hadharah apa? Tentulah Hadharah Islamiyyah, tetapi mungkinlah sukar sikit… itulah contoh Asiah, Masyithoh dan Musa as. Dan saudara ummah yang berjiwa perjuangan  perlu ingat mana ada nak hidup senang lenang, mewah tak terjejas kat mana-mana pun, tetapi nak berjuang Islam juga. Bila cara hidup jahiliyyah pun tak mau tinggal, Islam pun nak ambil juga. Itu yang berlaku fenomena pejuang-pejuang `palsu` dan pemimpin-pemimpin`jadi-jadian`. Akhir zaman ini memerlukan ummah semakin cerdik untuk membezakan. Teringat saya akan pesan Saidina Ali karramallahu wajhah, “Kenali olehmu akan kebenaran itu terlebih dahulu, baru kamu tahu siapa atau golongan mana yang membawa kebenaran”.

Seterusnya kepada penganut sekular Artatuk yang mengisytiharkan peperangan terhadap golongan seperti saya, saya nak bagi tau jika kamu berperang dengan saya, tidak ada masalah… saya pun ada mata, telinga, kaki dan tangan macam kamu juga. Jika saya banyak kelemahan, kamu pun ada kelemahannya juga. Jika saya tidak berlawan dengan kamu pun saya akan mati juga itu kepercayaan serta keyakinan kami, tetapi bagi kamu bersediakah untuk kamu mati walaupun tidak berperang dengan saya. Lebih bahaya dan parah lagi jika kamu berperang dengan `tentera-tentera Allah` yang Abrahah sendiri pun ternyata punah ranah sebagai bahan sejarah dan iktibar ummah.

Akhirnya kepada yang dok melilau berpusing-pusing tak jumpa pintu hanya nampak tingkap sahaja, lalu terpa masuk juga walaupun hanya jendela jamban dan lubang-lubang wap najis, bagaimana nak menegakkan kembali Negara Islam seperti di Madinah zaman Rasullullah saw? Dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih, pintunya ialah apabila kita membina kembali Hadharah Islamiyyah di tempat atau kedudukan kita masing-masing sebagai individu muslim, bapa muslim, ibu-ibu muslimah, pemuda dan pemudi muslim, anak-anak dan pelajar muslim dan sebagainya. Jadilah diri anda yang sebenar sebagai seorang muslim dan muslimah yang beramanah dengan agamanya walau di mana saja kedudukan serta peranan kita, insyaAllah… Seeru `ala barakatillah. Sekian wassalam. Dari Ibnu Ramadhan.                         
                                                       ``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan