Halaman

Selasa, 17 Ogos 2010

Kasihan...PAS Lari Dari Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya ! -Bil 85/Muharram 1431



       


~*   الحضارة



`yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan : "Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku), dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.` an-Nisa 118-119.
Selawat dan salam perjuangan kepada Nabi Muhammad saw, pemimpin ummat sepanjang zaman. Selawat dan salam jua kepada kaum kerabat serta para sahabat baginda semuanya.



Muslimin, muslimat saudara ummahku sekelian semoga dirahmati Allah. Isteriku menangis lagi… dek kerana jiwanya begitu terharu akan nasib malang yang menimpa mereka yang sekian lama berjuang untuk sebuah `Negara Islam`. Ini semua terjadi kerana sudah takdir dan ketetapan sejak azali lagi jua seperti mana maksud-maksud firman Allah di atas, manusia-manusia akan terus berusaha sesuai dengan kemampuan dan keikhlasan yang terdaya masing-masing perolehi dari rahmat serta keredhaanNya. Iblis dan syaitan-syaitan juga siang malam, pagi petang tanpa henti-henti berusaha menyesat dan mengelirukan bani Adam demi menuntut haknya yang telah dimaklumkan itu, mungkin kita sahaja yang selalu lalai…

Buletin kali ini sebenarnya cuba untuk saya menyambung `mood` atau persoalan yang telah ditulis oleh Ummu el-Husna pada keluaran yang lalu. Beliau sendiri telah memberi mandat kepada saya untuk menjawab dan memperjelaskan lagi kekeliruan yang terus timbul samada dalam komentar blog Kedahlanie atau email serta sms yang kami terima sendiri. Terlebih dahulu saya suka memaklumkan bahawa dalam ruang yang terbatas (sekadar risalah) mungkin kami maupun saya sendiri tidak akan mampu menjawab atau melayani kemahuan dan juga terjahan semua pihak-pihak berkenaan. InsyaAllah saya cuba menyingkapkannya semampu yang boleh. Sebelum saya pergi lebih lanjut… kepada yang memberi respon-respon yang kami anggap positif jazakumullah khairan jaza’, tidaklah perlu saya mengulas lagi dalam buletin kali ini.

Pertama kepada Zaini dari Gerik yang katanya seorang guru, terlibat aktif menggerakkan usrah PAS kawasan begitu bersungguh-sungguh mengorek identiti penulis serta latarbelakang pengajian. Baginya perlu kerana sanggahan penulis ialah orang yang mereka anggap sebagai Presiden malah telah dikenali ramai. Bagi saya hak penulis juga ada untuk menggunakan hanya nama pena sahaja… kalau nak tahu atau mengenali lebih lanjut, kami tidak pernah bersembunyi ada alamat lengkap (insyaAllah berani kerana benar).

Seterusnya Sdr Zahid YusufAku nak tanya...Abdulllah bin Ubai ni benar-benar munafiq atau tidak..kalau benar-benar munafiq kenapa Rasulullah sembunyikan kemunafiqan dia...sebab kalau kebenaran munafiq Ibn Ubai tu di letakkan di tempat yang salah maka akan timbul fitnah lain pulak..sebab itu Rasulullah tidak hebahkan kebenaran munafiq Ibn Ubai tu..”  Saya nak perbetul sikit saja… Abdullah bin Ubai ka atau sapa-sapa pun yang munafiq dulu @ la ni mereka sendiri yang menyembunyikan kekufuran yang ada dalam hati mereka dengan menyangka Allah dan orangramai tak tahu. Allah swt tahu dan Nabi saw tahu.. tapi Nabi tak mau ambil tahu sebab itu baginda menyerahkan senarai nama tersebut kepada seorang sahabat lain. Rasul tidak menyembunyikan mana-mana munafiq pun. Si munafiq yang bodoh itulah yang menyembunyikan kekufuran mereka sendiri. Itulah maksud kalimah munafiq. Rasulullah saw tidak bertindak itu bab lain pula, panjang nanti ceritanya…

Seterusnya yang hanya menggunakan pengenalan bita0206, saya fahami, Sdr/i menyuruh ummat Islam lebih-lebih lagi para pejuang Islam di Malaysia ini khususnya, supaya bersangka baik dan terima sahaja usaha yang PAS ambil itu (PR) dengan bersabar banyak-banyak dan ambilah iktibar perjanjian Hudaibiyyah. Nampak macam merugikan ummat Islam tetapi akhirnya memenangkan Islam juga. Sdr/i menyuruh bersabar tak kena tempat apatah lagi bila meletak sirah Perjanjian Hudaibiyyah dalam waqi atau keadaan yang lain. Perjanjian Hudaibiyyah sebenarnya adalah antara pihak ummat Islam ( Kerajaan Madinah) dengan pihak kuffar musyriken Mekah (Kerajaan Mekah). Pihak ummat Islam adalah pihak yang mendahului dalam istilah perang dingin atau perang saraf sekarang antara 2 kerajaan terbabit. Dalam suasana yang begitu pihak yang `menang @ mendahului` datang untuk memasuki Mekah lalu berhenti di Hudaibiyyah atas kebijaksanaan Rasul saw. Ringkas cerita… akhirnya jadi perjanjian tersebut, bagi saya adalah satu `gencatan senjata` antara 2 pihak yang tidak jadi pertumpahan darah @ berperang. Pihak ummat Islam (kerajaan Madinah) tidak rugi apa-apa dan tidak perlu menggadai apa-apa prinsip pun hanya menangguh perlaksanaan haji/umrah ke tahun hadapan dengan melakukan tahalul dan sembelihan.. Mereka pulang dengan selamat dan ada Daulah Islam yang semakin berdaulat hasil perjanjian tersebut dan selepas itu mereka mampu menghalau yahudi.

Yang PAS terjebak ini adalah perjanjian untuk membina Negara Demokrasi bersama-sama non-muslim. Dah la negara pun tak ada lagi, lepas tuu kalau dapat nanti nak kongsi dengan orang bukan Islam pula sama-rata menjunjung demokrasi… Boleh nampak dak keliru tuu lagu mana?? Jika sebelum ini ada la juga `semangat` perjuangan nak menegakkan Negara Islam tetapi bila dah berjanji dengan puak tu, semangat pun dah tak boleh sebut serta tulis dah! Macam mana kata lepas ni nak menang ikut iktibar Perjanjian Hudaibiyyah. Nabi saw dan ummat Islam dulu, kerajaan mereka satu inci pun tak hilang, yang hangpa lani belum apa-apa dah tonggek… bagi kat orang dengan semangat-semangat sekali.

Akhirnya saya terpaksa rangkum semua sekali kerana ruang pun dah tak berapa nak cukup. Lagi pun
`point of viewnya` lebih kurang saja menuduh jumud, taklid buta dan sebagainya. Tak layak hentam presiden yang mereka sanjung-sanjung itu. Ini pula bukan soal prinsip tetapi soal strategi atau kaedah politik untuk menawan Malaysia, mengaji la dulu bagi pandai uslub dakwah dan politik macamana Salahuddin al-Ayubi mendapat bantuan orang kafir dalam peperangannya, malah ada yang dengar kuliah, ustaz kata akhir zaman nanti Islam akan menang dengan bantuan orang-orang fasiq.

Saya akui Ummu el-Husna ini tak la pandai sangat, sebab itu lani banyak masanya `bekerja dan berjuang` di rumah sahaja. Tapi kalau nak kata beliau jumud, baru setahun jagung dll, kerana hanya membaca satu dua tulisannya mungkin tak adil bagi saya. Mungkin kita sendiri yang tak mampu membaca atau mengikuti `between the line`. Yang saya kenalnyalah sikit-sikit, beliau pun mengaji juga, pernah juga dilantik menjadi Pengerusi sesama kaum hawa ni dalam PMRAM, tapi bukan Presiden la.. kerana presiden orang lelaki. Pernah menganggotai sekretariat pelajar antarabangsa serta mengetuai beberapa delegasi…

Bagi sayalah Salahuddin al-Ayubi itu betul kerana beliau menjadi panglima perang sebuah kerajaan Islam yang dah ada. Mereka berusaha untuk membebaskan wilayah lain yang pemerintahnya berlaku zalim kepada rakyatnya, sebab itu rakyatnya sendiri termasuk yang bukan Islam membantu. Berbeza dengan PAS, kita pun tak dapat negara lagi nak tunjuk baik hati dah dengan orang bukan Islam. Manakala.. di akhir zaman Islam akan menang dengan bantuan orang-orang fasiq pun betul juga tetapi yang sekarang ni, yang saya dan ummah lain dok loghat ni ialah sebaliknya… Puak kita suruh orang-orang Islam membantu orang-orang bukan Islam menegakkan negara orang bukan Islam (Sekular Demokrasi). Puak PR yang bukan Islam itu tak rasa pun mereka membantu kita menegakkan `negara Islam`, kita yang syok sendiri. Sebaliknya mereka diam-diam saja seronok, puak kita yang tak berapa cerdik siasah hanya pandai politik sekular tolong menaikkan kemahuan dan falsafah mereka perjuangan demokrasi untuk rakyat. Sekian dahulu untuk buletin kali ini, wallahua`lam. Dari Ibnu Ramadhan.    ``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan