Halaman

Khamis, 19 Ogos 2010

Kuda Ku Lari Kencang... Tapi Tersilap Gelanggang ??? - Bil 102/J.Akhir 1431


~* الحضارة 


Alhamdulillah! Segala puja dan puji yang tertentu bagi Allah swt Pemilik alam buana ini. Selawat dan salam perjuangan disampaikan kepada Penghulu segala Nabi dan Rasul Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta para sahabat yang seperjuangan dengannya. Seperti yang dijanjikan, insyaAllah pada kali saya cuba untuk membincangkan topik gelanggang atau medan bagi perjuangan Islam yang sepatutnya kita dan seluruh ummat memasuki serta memanfaatkannya sebaik mungkin sebagai membuktikan kita mengikuti akan perjuangan para salafus soleh serta generasi awalan yang terlebih dahulu lagi.



Saya seperti kebanyakan pemuda dan pemudi yang sebaya dengan saya telah terdedah dan mulai berjinak-jinak dengan perjuangan Islam di tanahair pada sekitar awal tahun 80an. Di ketika berusia belasan tahun tersebut semangat orang muda… biasanya mahukan sesuatu yang segar, tuntas, realistik, berani menghadapi cabaran serta sanggup menongkah arus. Pendek kata, pada waktu itu anak-anak muda yang terkena arus kebangkitan perjuangan Islam adalah agen perubahan dalam masyarakat dan ummah. Mereka menjadi benteng atau penghalang kepada arus budaya kuning / barat yang bagaikan taufan melanda tanahair ummat Islam ketika itu.

Saya dan generasi perjuangan Islam waktu itu dapat merasai bahawa medan atau gelanggang bagi kerja-kerja perjuangan Islam, yang lebih dikenali sebagai kerja dakwah ketika itu, begitu luas dan tak cukup kakitangan untuk melaksanakan semuanya. `Kerja dan tanggungjawab kita dalam urusan ini lebih banyak dari masa serta usia yang kita ada` kata-kata pesanan Imam Hassan al-Banna menjadi hidup dan terkesan sekali dengan tasawwur perjuangan Islam yang kami nampak.

Perbezaan pandangan dan berbilang-bilangnya jamaah dalam medan dakwah dapat diserap begitu sahaja dengan tugas dan tanggungjawab yang semakin menimbun dari sehari ke sehari. Kerana realitinya kita saling perlu memerlukan di antara sesama ummat Islam dalam medan perjuangan sebenar bagi menghadapi musuh bersama… serangan jahiliyyah yang bersifat global ke atas ummah dari semua arah. Kerja-kerja nak membangunkan individu muslim, keluarga muslim, tetangga muslim dan masyarakat muslim dalam semua aspek seperti pendidikan (tarbiyyah), ekonomi, siasah, kekuatan ummat dan sebagainya, berjalan serentak atau seiring dengan kerja-kerja memberi kesedaran baru kepada masyarakat ummah.

Tetapi semua ini tidak kekal lama… kerana gelojak serakah yang mahukan kekuasaan segera melalui pilihanraya kononnya mampu mengubah segala telah menguasai arus perdana. Saya serta ratusan malah tidak mustahil ribuan anak-anak muda menyertai PAS sejak tahun 1980an kerana benar-benar yakin dan percaya dengan dasar, matlamat dan cita-cita perjuangan yang di bawa oleh parti itu iaitu hendak menegakkan Islam di dalam sistem pemerintahan negara ini.

Walau bagaimanapun kerja-kerja yang agak tersusun bagi gelanggang dakwah sebelum ini seperti yang saya sebut di atas; “membangunkan individu muslim, keluarga muslim, tetangga muslim dan masyarakat muslim dalam semua aspek seperti pendidikan (tarbiyyah), ekonomi, siasah, kekuatan ummat dan sebagainya, berjalan serentak atau seiring dengan kerja-kerja memberi kesedaran baru kepada masyarakat ummah” menjadi semakin longgar dan longgar… malah terus…digantikan dengan aktiviti-aktiviti berpolitik dan bercakaran di medan/gelanggang politik hampir-hampir 100%. Gelanggang atau medan perjuangan Islam yang sebelum ini terasa begitu luas dan tak cukup kaki tangan nak menangganinya… sedikit demi sedikit menjadi kecil dan terus mengecil. Sampai sekarang gelanggang politik adalah segala-galanya pula.
Pergi ke mana…? Gelanggang atau medan perjuangan Islam yang luas dahulu tempat kita semua bergelandangan. Hilang lenyap ditelan bumi ataupun telah terangkat taklifinya? Eh! Merepek kamu ini..! Nah !! cuba lihat ke sudut sebelah kiri sana…. bergerombolan, berduyun-duyun kuda-kuda tunggangan ummat sebelum ini menjadi tunggangan joki-joki gelanggang lumba (turf club) dan permainan polo pula. Kenapa boleh terjadi begitu…? Boleh! kerana `Islam` yang kamu perjuangkan itu begitu `kecil` sahaja sifatnya, sebab itu ianya bisa ditegakkan dalam sistem pemerintahan negara ini.

Islam yang diperjuangkan oleh generasi dahulu berlainan sekali sifatnya kerana tidak bisa ditegakkan dalam sistem jahiliyyah, bahkan apabila ianya tegak, bermakna keruntuhan kepada sistem jahiliyyah. Ianya tak  semudah pidato politik `Islam is the way of life` ataupun untuk diwacanakan sahaja tetapi Islam ialah;
`Islam  merupakan satu peraturan yang lengkap merangkumi semua segi-segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau pemerintahan dan rakyat, ia ialah akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan, ia juga adalah kebudayaan dan undang-undang atau pengetahuan dan perlaksanaan hukuman, harta dan sumber khazanah atau usaha dan kekayaan atau jihad dan dakwah, atau ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana ia aqidah yang benar dan ibadah yang sahih, sama sahaja semuanya`.-Al-Imam As- Syahid Hassan Al- Banna Usul-Asyreen.

Bagaimana ianya mampu untuk dipraktikkan, perlu sama-sama kita berjuang lagi ke arah itu, kemenangan sekarang bukan medan untuk dahulunya kita hidup miskin dengan kadar cukup makan sahaja, tetapi dengan wang rakyat tiba-tiba kita telah menjadi hidup mewah?” Dengus seorang teman yang masih setia bersama PAS di Kedah (dah seronok sebut rakyat dari sebut ummah gurau saya).
                           
“Tetapi perjuangan kita dahulu bukan untuk sedia menerima seadanya sistem yang telah diguna pakai sejak zaman penjajah. Jika itu yang berlaku maka itu bukanlah dinamakan perjuangan namanya.”
Tokok seorang lagi pimpinan muda PAS Kedah kepada topik perbincangan.

Kata-kata sindiran lontaran Ustaz Mud (bukan nama sebenar) menghangatkan lagi topik, "Khalifah Umar Abd Aziz dari seorang kaya dan hartawan, tetapi setelah dilantik menjadi khalifah melondeh semua kemegahan dan kekayaaan, hidup secara yang cukup sederhana. Namun walaupun dalam tempoh yang lebih singkat daripada kita memerintah sekarang ini…”

Akhirnya berita semasa seperti meleraikan ketegangan…`Kartika Saridewi Sukharno tidak disebat. Dengan kuasa yang ada kepadanya, Sultan Pahang yang menjadi tunggak dalam bidang agama, janda dua anak yang didapati bersalah meminum arak di khayalak ramai di negeri Pahang oleh Mahkamah Syariah negeri berkenaan itu diberi 'pengampunan'. Hukuman sebat ditukar dengan kerja sosial selama tiga minggu`

Seterusnya agak melucukan bila lapuran Dewan Rakyat mengatakan; Dr Mariah pula bangkit bangun di parlimen mempersoalkan kementerian berkenaan berhubung hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang membuang anak sahaja. Beliau ingin tahu apakah tindakan ke atas lelaki yang menjadi pasangan wanita berkenaan sehingga melahirkan anak. Katanya adalah tidak adil kalau wanita saja dikenakan tindakan atau dipantau tetapi lelaki yang terlibat dilepaskan.  

Ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen terus mengakhiri topik perbincangan kerana memualkan tekak saya dan teman-teman, “Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia. APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.” Bagi kami sistem demokrasi yang beliau junjung sekarang dan cuba dibersihkan dahulu itulah kepala bapak segala modus operandi Yahudi antara bangsa. `Brother` buat-buat lupa ka...?
Sekian untuk buletin kali ini. Dari Ibnu Ramadhan.
``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal, 13210 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan