~* الحضارة
Alhamdulillah! Dengan limpah serta izinNya dapat kita, sekali lagi memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh berkah ini buat ke sekian kalinya. Ramadhan 1431… semoga kehadiranmu mencerahkan perjuangan ummah yang kami pundaki.
Selawat dan salam kepada Rasul Muhammad saw, kaum keluarga, para sahabat baginda semuanya. Kepada muslimin dan muslimat semua, semoga diberi taufiq serta hidayah oleh Allah swt agar Ramadhan yang datang tidak berlalu dengan sia-sia.
`Haa Miim. Demi Kitab (Al Qur'an) yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami menjadikan Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami (nya)`. az-Zukhruf 1-3
Baru-baru ini, PAS sekali lagi melalui pimpinannya mendendangkan irama syahdu `tahalluf-siyasi` untuk meyakinkan ahli serta orang bawahannya sekali gus ummat Islam, bahawa kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR dibuat berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam. Kata Presidennya-“PAS menolak pelawaan UMNO untuk bersatu bukan kerana ego tetapi tegas berpegang teguh dengan prinsip Islam”
Persoalannya, apakah benar ianya dibuat berdasarkan sikap tegas dan berpegang teguh dengan prinsip Islam? Apakah buktinya… yang ummah boleh berpegang? Sedangkan semua orang tahu tidak beberapa lama dulu idea UG atau kerajaan perpaduan yang hangat diperkatakan semua pihak itu keluar dan terbit dari bibir mulut siapa..? Presiden MIC yang dah nyanyok tu ka… atau Presiden yang tegas dan kuat berpegang teguh dengan prinsip…?? Akhbar lidah rasminya sendiri Harakah, banyak memperjelaskan idea kerajaan UG ketika itu, tetapi apabila ianya terbantut… dek sergahan tokoh populist massa yang selalu ‘merawet-am’. Pada ketika itu.. jangan tanya atau sebut lagi soal tegas, berpegang teguh dengan prinsip. Semuanya jadi lebur dan mengikut arus kemahuan popular masyarakat massa .
Bagi saya prinsip PAS yang terserlah ialah tegas, berpegang teguh dengan prinsip yang dikehendaki oleh suasana khalayak semasa. Saudara ummah boleh rujuk Harakah bil 1562/63 “Konsep tahaluf siyasi membezakan PAS (yang ada feqah politik) dengan UMNO (tidak kira feqah politik) iaitu dalam soal kerjasama dengan pihak lain, setelah dikaji dari pandangan syarak dan keperluan politik semasa.” Bagi PAS pandangan syarak setaraf dengan keperluan politik semasa ataupun lebih rendah dari pandangan politik semasa yang sentiasa lebih tinggi.PAS jangan cuba menipu mengatakan tegas dan berpegang teguh dengan prinsip Islam ( Kami ummat Islam rasa nak termuntah..) Secara praktiknya keperluan politik semasa itulah yang menjadi kuasa pemutus dalam semua tindakan PAS. Sebab itu Lajnah Politik yang mengatasi dari segi praktiknya walaupun terdapat Majlis Syura…kononnya.
Tahaluf-siyasi yang cuba dikaitkan dengan peristiwa hijrah Nabi saw iaitu mengambil khidmat seorang bukan Islam untuk menunjukkan jalan alternatif melalui pesisiran pantai ke Madinah dengan kerjasama yang mereka jalinkan sekarang PR, menunjukkan mereka keliru atau cuba menyimpang dari keseluruhan contoh peristiwa hijrah. Sedangkan Nabi Muhammad saw telah mengarahkan terlebih awal supaya kaum muslimin berhijrah secara diam-diam kecuali Saidina Umar al-Farouq sahaja yang mengistiharkannya di depan Kaabah. Nabi saw mengambil peluang menggunakan khidmat dan bermuamalat (dakwah) dengan seorang yang belum Islam sebagai ‘penunjuk jalan’ bukan penunjuk jalan perjuangan semasa perjalanan hijrah. Itupun cuma perjalanan ke suatu destinasi sahaja (perkhidmatan berbayar upah) macam kita naik teksi ke suatu stesen untuk ambil perjalanan lain pula.
Tanpa rasa malu PAS mengkiaskan tahaluf-siyasi mereka dengan perjanjian ‘Sahifah Madinah’ yang merangkumi seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam yang berada di Madinah ketika itu. Tetapi kenapa segala butir perjanjian itu tidak didedahkan kepada ummat Islam. Jika manifesto pilihan raya boleh diedarkan kenapa ‘risalah dakwah’(jika benar wujud) tidak didedahkan macam dokumen Negara Islam yang masih bersepah dan bertimbun di markaz-markaz usang PAS seluruh negara. Di sini saya ingin menuntut hak saya sebagai ummat Islam serta ahli PAS supaya pimpinan PAS menunjukkan bukti atas apa butir-butir perjanjian yang mengikat mereka dalam PR. Jika tidak… jangan menipu atau mengaburi ummah dengan kalimah-kalimah Islamik. Ummah sendiri berhak mengetahui dan menilai, apakah kepentingan mereka yang dipertahan dan diangkat atau mereka cuma hanya diperalat untuk kesenangan serta kemewahan beberapa kerat pemimpin-pemimpin keparat.
Perkara penting yang ummah perlu sedar bahawa mustahil bagi Nabi Muhammad saw menyembunyikan kebenaran. Sebab itu semua butir-butir dalam ‘Sahifah Madinah’ dan ‘Perjanjian Hudaibiyah’ yang berlaku di zaman Baginda Rasul saw, termaktub secara terperinci tercatit butir-butir yang disepakati bersama oleh pihak-pihak yang mengikat perjanjian tersebut, dihebahkan kepada seluruh ummat Islam dan bukan Islam. Malah kita ummat mutakhir ini pun boleh membacanya sampai sekarang bukan perjanjian ‘rahsia’.
Saya teringin sangat nak membandingkan kelebihan-kelebihan yang PAS bakal dapat dalam PR melalui tahaluf-siyasi dari sudut ‘siyasah-syarieyyah’ pula, dengan tawaran-tawaran yang pernah PAS lepaskan dari UMNO dan raja-raja Melayu dulu. Sekiranya saudara ummah masih ingat selepas pilihanraya 2008, seperti yang didedahkan oleh RPK(Raja Petra Kamarudin) dalam sebaran blog…
“Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan di negeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.”
“Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk UMNO bergabung dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, UMNO bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada PAS di kedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, UMNO malah bersetuju untuk membenarkan PAS melaksanakan undang-undang Islam di kedua-dua negeri ini. Tetapi, PAS terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran UMNO.”
Saya seperti tidak percaya apabila membaca kembali setiap perkataan yang ditulis oleh RPK tersebut. Bagi saya jika ketika itu PAS dipandu oleh siyasah-syarieyyah yang sentiasa mendahulukan syarak (Hukum dan kehendak Allah /Islam) maka sudah tentu 4 buah negeri Melayu (Kelantan, Kedah, Perak & Selangor) bakal mengembalikan suasana sebelum Perjanjian Pangkor (Undang-undang Islam) yang telah diragut pergi oleh British dahulu. Malangnya… PAS ketika itu mendahulukan siyasah-politik @ tahaluf-siyasi @ feqah-politik yang bermazhab… ‘demo & kawe mau kerusi’ serta tunduk kepada kemahuan ramai.
Buktinya lagi apabila Presidennya nak tunjuk ‘baik-bodoh’ tak kena tempat- “PAS tidak akan berkawan dengan UMNO, kerana mahu meringankan beban parti itu yang kini sarat dengan pelbagai penyakit seperti rasuah, dan rakyat mulai membenci setiap tindakan mereka.” Bermakna jika PAS pergi berkawan akan menambahkan lagi beban penyakit.. kerana PAS itu sendiri pun pembawa penyakit. Atau, PAS jenis golongan yang pilih kasta hanya akan berkawan dengan yang kasta elok, yang dah tenat.. biaq dia mampuih! Tak perlu bantuan apa-apa. Ataupun, PAS dah bertuhankan orang ramai demokrasi. Apa yang orang-ramai (rakyat) suka @ benci, itulah yang PAS suka @ benci.
Dengan fakta-fakta yang ada di depan mata, ummah sendiri boleh menilai pihak mana yang mengkhianati perjuangan Islam tetapi cuba berselindung di sebalik ‘status-quo’ mereka serta namanya sebagai partai politik ummat Islam. Jadikan Ramadhan kali ini Furqan (Pembeza yang haq & batil).
Sekian dari Ibnu Ramadhan. ``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan