~* الحضارة
Firman Allah swt bermaksud; Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. al-Imran 103.
Selawat dan salam penuh kasih sayang kepada Nabi Junjungan Muhammad saw, kaum keluarga serta para sahabat baginda yang kita muliakan.Tidak dilupakan kepada guru-guru dan alim-ulama` yang benar-benar menunjuk
serta membimbing ummat ke jalan yang lurus.
`PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi` Demikianlah antara kenyataan rasmi Presiden PAS berkaitan issu penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. PAS terang-terang mengalih issu kepada hak kebebasan beragama seseorang individu, sedangkan perkara ini timbul dan telah menjadi keresahan serta perhatian ummat Islam di Malaysia ialah kerana berlaku pencerobohan atau `penyusupan` pihak Kristian untuk memudah serta menggiatkan usaha kristianisasi terhadap ummat Islam khususnya yang lazim berbahasa Malaysia (Melayu). Ini `point of view`nya atau perkara pokok yang semua pihak samada individu, mufti-mufti, pertubuhan pelajar, NGO, parti politik termasuk UMNO malah sebahagian pemimpin-pemimpin PAS sendiri berpendirian begitu sebelum ini.
Jika soal hak kebebasan beragama seseorang, ummat Islam dan pihak-pihak yang bangun membantah terhadap issu ini telah maklum dan tahu lama dah chek ooi… Tidak ada siapa pun yang naïf akan perkara itu. Sedangkan perkara sebenar di sebalik issu ini ialah usaha-usaha pihak kristianisasi melalui gereja mereka terutamanya di Sabah untuk mendakyahkan ummat Islam, saya ulangi mendakyah ummat Islam! supaya menjadi golongan murtad (nau`zubillah minzalik). Mereka telah melakukan berbagai cara dan perkara sebelum ini seperti mencetak `Bible` dalam Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Mungkin PAS sendiri yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa.. sila rujuk kepada buku kecil `Murtad Barah Ummah` keluaran Badan Bertindak Anti-Murtad Pusat Penyelidikan PAS Pusat dicetak oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat tahun 2007.
Kenapa lani sejak PAS dan pemimpinnya mula memakai `kaca mata gelap` untuk bergaya menduduki takhta kuasa di Putera Jaya semua yang selama ini diperjuangkannya sendiri bersama-sama NGO dan ummat Islam seperti tidak pernah wujud langsung. Siapa sebenarnya yang berubah… UMMAH atau PAS yang mabuk kepayang bagai orang muda yang gila bercinta, waktu bercinta itu `kentut` pun bau wangi. Jika anak-anak muda prihatin yang membahasakan diri mereka `Ali Baba Bujang Lapok` dalam facebook pun boleh faham dan sensitif ini haji-haji dan lebai-lebai tak boleh nampak sebab apa..? Mabuk candu politik… kemaruk nak pegang kuasa, bla.. bla.. bla.. BALA. Mereka yang berdolak dalik, sekejab kata begini dan sekejab pula kata begitu kerana kepentingan politik murahan, tetapi menuduh UMNO pula yang memainkan issu ini supaya mendapat sokongan ummat Islam.
Saya sebagai ummat Islam yang tidak pernah menyertai UMNO tetapi pernah terlibat dan menjadi ahli PAS merasakan jika betul pun UMNO itu mengambil kesempatan atas issu ini dengan bermuka-muka menyokong ummat Islam dan cuba pula menjuarainya, apa salahnya ? Kerana amal dan kerja seseorang itu Allah swt yang akan membalas dan menghakiminya bukan kita. Hasilnya tindakan UMNO itu memberi faedah kepada ummat Islam dan generasi ummah jua di kemudian hari. Sebaliknya yang PAS beria-ia benar membuat keputusan yang membelakangkan atau menentang arus ummah untuk menampakkan terbuka, tolenransi dan liberal kepada orang bukan Islam supaya dapat meraih sokongan mereka yang bukan Islam itu dalam PRU 13, tidak pula dikatakan mengambil kesempatan atau berpolitik ka? Malangnya.. belum tentu tindakan mereka itu akan mendapat sokongan penuh orang bukan Islam nanti. Yang pastinya tindakan bodoh mereka itu menguntungkan missionari kristian dan mula menghakiskan sokongan ummah kepada PAS.
Sebagai ummat Islam juga, kita tidak pernah lupa bagaimana pada waktu pemerintahan, sekarang Tun Mahathir, atas kepentingan perebutan atau survival politik masing-masing tercetusnya issu untuk membuang perkataan Islam dalam pertubuhan. Ketika itu ummah bangkit dan PAS pula yang menjadi juaranya, tidak pula timbul dari PAS sendiri bahawa mereka dan NGO berpolitik mempengaruhi ummat Islam untuk kepentingannya sendiri. Ya kerana mereka ketika itu bersama-sama ummah dan membawa kepentingan ummah. Tetapi kenapa sekarang ketika pihak lain atau orang lain yang bersama-sama ummah, bukan mereka lagi, mereka menuduh pihak atau golongan tersebut mengambil kesempatan politik pula. Sedangkan bagi saya dan saudara-saudara ummah yang lain sejak dahulu (issu perkataan Islam) atau sekarang (issu kalimah Allah) kami tidak pun berjuang dan mempertahankan kepentingan politik-politik sempit kedua-duanya. Ummah tetap berdiri dan berpijak demi kepentingan Islam dan ummat biarpun kekadangnya nampak seperti menyokong salah satunya… Itu pendirian saya dan percaya ramai lagi yang boleh menerima serta berpendirian begitu.
Kepada saudara-saudara ummah yang masih keliru, berbelah bagi atau terkejut dengan pendirian PAS yang mereka sangka akan menyokong perjuangan Islam, perjuangan ummah. Sebenarnya inilah akibat apabila PAS sekarang meletakkan kepentingan untuk mendapat kuasa politik melebihi dari kepentingan Islam dan ummah sendiri. Tidak hairan mereka begitu mudah menjadi golongan Islam liberal yang selama ini mereka tentang habis-habisan. Kalau di negara jiran Indonesia pihak kristian berjaya mempengaruhi dan menyelewengkan fikrah-fikrah individu-individu bertaraf ulama` Nurcholis Majid dan yang sepertinya sehingga wujud dalam sebuah keluarga ibu dan ayah berlainan pegangan agama. Anak-anak pula bebas memilih yang mana mereka suka, semua menyembah `Allah` juga katanya. Manakala di sini Malaysia , mereka maju setapak lagi apabila berjaya mempengaruhi dan menyelewengkan pertubuhan atau gerakan ummat Islam sendiri. Kerana pihak ummat Islam sendiri yang lemah dan bernafsu besar sanggup menjual prinsip kerana mengidamkan kuasa.
Sebelum betul-betul terlewat saya ingin bertanya kepada pemimpin dan mereka yang menyokong pendirian PAS ini, sukakah kamu masa depan negara ini nanti dipenuhi dengan rencam yang pelbagai tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan ruhul qudus digantikan dengan `Allah` sekian… ***** sekian dan sekian. Dalam sesebuah keluarga pula kerana kebebasan beragama boleh rojak + pasembur yang kesannya nanti bukan kepada masyarakat bukan Islam kerana mereka memang dah begitu (satu millah) tetapi jangka pendek dan panjangnya ialah generasi ummah. Kalau Nik Aziz dan Hj Hadi suka anak cucu dan cicitnya nanti ada yang buka pondok dan ada yang buka *****, bla, bla, bla. Atau seperti Mujahid yang menconteng arang ke bani Rawi, lantak pi lah dekat kamu… kerana asasnya mereka agama samawi hujah kamu. Tetapi saya cuba untuk mengingatkan kepada mereka yang masih ada keikhlasan mencari kebenaran dan berjuang kerana Allah bahawa agama samawi itu sendiri sudah tidak wujud lagi dalam ajaran Kristian serta Yahudi sekarang.
Oleh kerana itu jika ditakdirkan Nabi Allah Isa as dibangkitkan sekarang atau akhir zaman nanti, semua ulama` ahli sunnah wal jamaah sepakat beliau tidak membawa syariat baru atau syariat sebelum ini yang Yahudi dan Nasara mendakwa mereka memilikinya. Tetapi baginda akan bersama-sama pemimpin-pemimpin UMMAH memerangi dajjal-dajjal yang kebanyakan bermata satu. Khaibar! Khaibar! Ya yahud.. Khaibar! Khaibar! Ya nasara.. Khaibar! Khaibar! Ya musyriken wal munafiq.. jaisyun Muhammad qad ya`ud. Takbir…! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sekian dari Ibnu Ramadhan.``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan