Halaman

Rabu, 18 Ogos 2010

EMOSI Tanpa Rasional GILA, RASIONAL Tanpa Emosi DUNGU - Bil 89/Muharram 1431

       
 ~*


الحضارة


Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." Al-Baqarah 143. Selawat dan salam perjuangan kepada Nabi Muhammad saw al-Mustaffa, selawat dan salam jua kepada sanak saudara serta semua para sahabat radhiayallahuanhum ajmaein.




Ketenangan dan kedamaian yang abadi sebenarnya tidak pernah wujud di dalam alam yang bernama dunia tanpa sempadan ini. Lebih-lebih lagi bagi kelompok ummat Islam yang mendiaminya di mana-mana pun jua. Kelurusan, keadilan dan keharmonian penganut-penganutnya sentiasa menjadi bahan ujian, eksploitasi kuasa, adu-domba untuk kepentingan kuasa-kuasa jahat (dajjal) yang berlindung di sebalik kebebasan, kesamarataan, alam sekitar dan sebagainya. Sayugia itu, tindakan terbaru pihak berkuasa melalui proses undang-undang terhadap issu kalimah Allah bukanlah suatu yang menunjukkan `kemenangan` bagi pihak ummat Islam. Sebenarnya semenjak pencerobohan itu berlaku dan seterusnya ketika ianya begitu meluas menjadi perdebatan hangat, lalu `terpaksa` menghasilkan sikap pro serta kontranya terhadap issu pencerobohan tersebut. Bagi saya pada ketika itu, mengheret ke seterusnya pihak yang melakukan pencerobohan (kristian) telah meraih sebanyak-banyak kejayaan dengan wujudnya sokongan  ummat Islam sendiri ke atas usaha-usaha mereka (na`uzubillah). Apa akan terjadi bila seseorang itu redha (setuju) akan kekufuran atau syirik, natijahnya samalah seseorang itu dengan pelaku-pelaku syirik yang sebenar walaupun dia tidak melakukannya. Bagi saya inilah maksud sebenar yang cuba disampaikan untuk difahami ummah oleh Dato` Dr Harun Din sebelum ini. Inilah juga yang pernah diasak bertubi-tubi dahulu di era 80an oleh Hj Hadi “kamu tidak payah masuk yahudi atau nasrani untuk menjadi kafir tetapi kamu bersetuju dan mengangkat undang-undang penjajah…”

Manakala apa yang saya cuba nak sampaikan pada kali ini ialah, issu ini tidak boleh bagi ummat Islam hanya melihat atau menilainya dari hujahan-hujahan yang menampakkan rasional intelektual semata-mata seperti dua tiga kerat individu ummah yang kononnya intelek dan kelompok-kelompok yang menyokong, bersetuju serta membenarkannya. Sebaliknya ini tidak pula bermakna ummah perlu bersama dengan tindakan emosi melulu melempar bom dan membakar gereja-gereja. Yang menyokong menggunakan hujah-hujah yang nampak intelek dan rasional, sebenarnya dungu @ bodoh. Yang bingkas bangun menentang nampak macam membela Islam serta ummatnya sebenarnya gila @ tak ketahuan.Ummat Islam dalam apa jua keadaan tidak pernah memisahkan kedua-dua aspek wujudiah yang ada pada manusia itu sendiri iaitu emosi (perasaan, sentimen) dan rasional (aqal, logika). Bagi ummat Islam yang menerima ajaran Islam yang sebenar, itulah tujuan dan tugas utama agama wahyu ini diturunkan kepada manusia iaitu untuk memimpin dan membimbing kedua-duanya (sifat wujudiah tadi) supaya berada di dalam daerah keseimbangan yang sebenar iaitu keimanan dan ketaqwaan.

Jika berlaku keadaan ummat mengutamakan salah satunya samada rasional intelek sahaja atau emosi sentimen semata-mata sebenarnya mereka ini telah `terlajak` keluar dari daerah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt dan ajaranNya yang sebenar (Islam). Seperti sesetengah pihak yang terpengaruh dengan pandangan rasional dan intelek yang dipelopori oleh orientalis boleh menerima bukti kewujudan Pencipta tetapi mereka ego tidak perlu menjadi hamba yang beriman. Sebaliknya pula terlalu ramai yang mencari kekudusan dan kedamaian yang sejati terperangkap dengan ajaran-ajaran pertapaan (ruhbaniyyat) dan amalan-amalan spiritual yang tak masuk aqal langsung. Sebab itu Islam datang kepada manusia sebagai `ummatan wasatho` (ummat yang adil, pertengahan dan pilihan). Berbalik kepada issu sebenar, jika kita selidiki lebih dalam sedikit akan terserlahlah kepada kita bahawa semua hujah –hujah mereka yang menyokong pihak gereja kristian itu semuanya berlapik  atau bertitik tolak `pandangan dari atas` kepada konsep tauhid Rububiyyah Allah swt iaitu Allah ini menjadikan alam semesta termasuk semua manusia samada Islam atau bukan Islam.

Hak Rububiyyah Allah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemberi rezeki, Pemurah serta Syumuliyyah dan Rahmah Islam untuk semua, Islam itu universal dan `Allah for all`. Menurut pandangan dari atas memang begitu tidak siapa pun yang boleh menafikannya sampai bila-bila. Hak Rububiyyah Allah ini semua orang samada Islam atau bukan Islam sepanjang zaman, dari dahulu hingga akan datang secara sedar, tak sedar atau terpaksa mesti mengakui samada secara lisan atau perbuatan yang dia tidak sedar. Sebagai contoh seorang yang kafir, dia terpaksa menerima ajal kematiannya sendiri yang ditadbir oleh Allah swt, walaupun seluruh kehidupannya sejak lahir tidak mahu beriman dan menyembah Allah sampai akhir hayat. Namrud yang mengaku dirinya sebagai tuhan yang seluruh rakyatnya mesti patuh dan menyembahnya, tidak mampu menjadikan matahari naik dari barat terbenam di timur. Ini bermakna Namrud pun terpaksa tunduk akan hak Rububiyyah Allah swt ini tanpa prasangka lagi. Hak Rububiyyah Allah ini tidak perlu pun sesiapa khuatir akan penjagaannya. Allah Maha Kuasa dan lagi Maha Perkasa yang Memiliki segalanya.

Apa yang saya nak timbulkannya di sini ialah satu lagi sifat yang `viewnya` bertentangan iaitu dari bawah, Hak Uluhiyyah (hak penyembahan semua makhluk) yang menjadikanNya Tuhan yang sepatutnya disembah oleh semua hamba-hambaNya. Dari keseluruhan konsep Hak Uluhiyyah itu pula saya cuma nak mengajak para hambaAllah-hambaAllah yang beriman `melihat dari bawah` hak ubudiyyah (tanggungjawab abdi) seseorang hamba terhadap Allah swt yang diyakini dan diimaninya. Pada ketika ini kita tidak boleh lagi melihat dari pandangan atas tetapi mestilah melihat dari pandangan bawah seseorang hamba yang sujud dan mengabdikan kepada Tuhannya. Mulai dari landasan melihat, berfikir dan berpijak di bawah ini sebagai ummat Islam lebih lagi beriman kita tidak akan boleh menerima sampai bila-bila pun Tuhan yang selayak untuk disembah, diabdikan segala tingkahlaku dan perbuatan makhluk kecuali kepada Allah yang Esa. Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan malah yang tidak ada sesuatu pun yang setara atau sebanding denganNya. Maha Suci Allah dari segala sifat yang orang-orang kafir sifatkan. Maha Sempurna Allah dari segala kekurangan dan kelemahan. Kita tidak akan boleh menerima sesiapapun secara sengaja atau tidak meletakkan `kalimah Allah` kepada bukan selayak dan sepatutnya. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana-mana bahagian bumi serta angkasa raya pun, jika berlaku keadaan yang sedemikian tanggungjawab hambaAllah-hambaAllah yang beriman manusia dan jin untuk menghalang atau membuangnya. Firman Allah bermaksud; `Bertasbihlah mensucikan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi dari segala sifat-sifat kekurangan` al-A`la -01.

Tanggungjawab ubudiyyah ini memang tidak ada kepada hambaAllah yang tak beriman sebab itu mereka senantiasa melakukan pencerobohan malah penghinaan ke atas ummat Islam dengan pelbagai helah serta muslihat dengan bikinan filem dan kartun-kartun sebagainya. `Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al Masih, 'Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan ( tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.` an-Nisa -171.
Sebagai mengakhiri buletin kali ini saya ingin menyeru kepada golongan yang terlajak atau lebih lajak dari laju itu supaya kembalilah ke landasan Islam, Deen yang sebenar. Marilah bersama-sama ummah menjadi hamba kepada Allah swt bukan abdi kepada mana-mana kepentingan politik dan sistem dajjal. Dari Ibnu Ramadhan.
     - katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit - 
``qulil haq walau kana murron ``

Tiada ulasan:

Catat Ulasan