~* الحضارة
Firman Allah Taala :‘Kalau yang kamu serukan (wahai Muhammad) kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka (penuh kepayahan) . at Taubah : 42. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Nabi dan Rasul yang mulia Muhammad saw, kaum keluarga baginda, para sahabat serta pengikut mereka hingga ke hari qiamat.
Untuk apa kita berjuang dan memberi wala’ kepada wadah yang memperjuangkan Islam dan apa pula yang diinginkan oleh Islam dalam kehidupan kita wahai ummah? Dalam Fiqh al-Aulawiyat (secara berperingkat dan tertib) telah disebut bahawa Islam sebagai agama rahmat ke seluruh alam diturunkan Allah Taala dalam rangka menyelamat dan memelihara 5 prinsip asas kehidupan manusia iaitu 1) memelihara aqidah /agama, 2) nyawa, 3) aqal, 4) maruah dan keturunan dan 5) memelihara harta benda. Dengan kata lain tujuan atau matlamat syariat Islam ialah memastikan segala kemaslahatan diri seseorang hamba terjamin dan seterusnya menghalang, menjauhkan serta mengelak kemudharatan 5 prinsip asas tadi dari terkena kepada seseorang ummat. Semua ini bagi memastikan mereka memperolehi kebahagiaan yang sebenar di dunia dan akhirat.
Mari kita melihat bagaimanakah kedudukan PAS yang sepatutnya ia merealisasikan hakikat atau tuntutan prinsip asas Islam ini dalam perjuangannya. Jika Perjuangan PAS diibaratkan sebagai sebuah kenderaan, maka pemimpinnya adalah pemandu, wadahnya pula ialah kenderaan samada sebuah keretapi, bas express 2 tingkat atau kapalterbang jet yang telah sarat diisi dengan penumpang manakala prinsip atau dasar adalah enjinnya. Enjin tersebut tentulah enjin yang mengikut spesifikasi oleh Yang Maha Pencipta supaya boleh membawa 5 prinsip asas tadi. Selain itu, ia mempunyai daya ketahanan yang kuat, mampu mengharungi perjalanan yang panjang dan lama, merentasi jalan yang berliku serta ampuh dan utuh dalam persaingan…
Ia akan menjadi penjana kepada iman dan aqidah yang mantap kepada penumpang-penumpang terutama pemandunya. Seterusnya sebagai pemangkin ukhwah antara mereka, seperti firman Allah swt: ‘Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka’ al Fath : 29. Natijahnya semua ummat yang bersama-sama PAS akan rasa terjamin atau terbela prinsip asas kehidupan mereka. Akan terbentuk kehidupan sederhana, qanaah, zuhud, sabar dan bertaqwa tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menakluk alam demi prinsipnya serta loba dan tamak meratakan kebaikan bagi tujuan menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam.
Tetapi bagaimana jika enjinnya dicuri kemudian dipalsukan oleh orang yang berkepentingan di dalam kenderaan itu dengan menggantikan enjin yang bukan menurut kemahuan yang Maha Pencipta, kerana pakai enjin tu lambat sampai kononnya. Tidak mustahil bukan? Zaman serba canggih ini enjin jetpun dicuri orang. Enjin tiruan ini akan menjana sifat-sifat yang sebaliknya iaitu cintakan dunia, kuasa, tamak dan gelojoh serta tidak sabar menanti waktu matang. Sifat materialistik, individualistik, orputunis cukup segar membiak dalam hawa enjin seperti itu. Malah ia akan mudah menarik benih-benih kepalsuan dari luar menjadi kawan-kawan, penolong serta pakar penasihat yang tentunya berimej atau memerlukan hawa enjin seperti itu (barang tiruan). Kelajuannya tentulah seperti yang digembar-gemburkan… memenuhi keperluan zaman serta kemahuan semasa yang banyak berpura-pura dan alpa. Pemanduan secara tradisi atau manual tidak akan dapat mengawal keadaan sehingga berpusing-pusing kehilangan arah tujuan dan akhirnya… adengan yang tidak ingin kita lihat pasti akan berlaku. Pesawat atau kenderaan sebenarnya dipandu oleh `tangan-tangan ghaib` seperti `remote control` berselindung di sebalik imej-imej tradisi dan manual.
Saya teringat bagaimana DAP menghadapi tsunami pilihanraya 08, sebaik-baik saja memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan mereka telah membuat satu `conference` di Ipoh membincangkan 50 tahun halatuju DAP akan datang (disiarkan dalam The Star). Mari kita berfikir! secara adatnya Karpal Sigh dan Lim Kit Siang tu hidup lagi dak 50 tahun akan datang? Lim Guan Eng pun belum tentu, tetapi masa depan apa yang mereka fikirkan sampai 50 tahun kalau bukan masa depan prinsip dan falsafah demokrasi yang mereka perjuangkan serta untuk survival anak, cucu, cicit, demokrasi. Itu cara berfikir perjuangan sekular sebenar.
Macam mana pula pemimpin-pemimpin dan ulama’ PAS berfikir berapa puluh tahun akan datang yang menjadi target mereka. Kalau mereka fikir setakat untuk menghadapi PR 13 atau 2-3 tahun lepas itu sahaja kemudian tengok dulu, sabar, tunggu pula apa nak jadi, kemudian kita buat retreat lain pula dekat hotel 5 bintang ataupun mungkin paling lama 7 keturunan, itupun 7 keturunan anak cucu dan kerabat depa sahaja, 7 keturunan anak cucu ummah hangpa pikiaq sendiri la. Oh! Betapa cetek dan kerdilnya pemikiran pemimpin dan ulama’ PAS sekarang. Malangnya nasibmu ummah masa depan aqidah, maruah dan keturunanmu jadi bahan pertaruhan kalah menang politik sahaja. Wala’ dan perjuangan ummah selama ini dikhianati.
Sedangkan yang sepatutnya bagi seorang pemimpin Islam dan ulama’nya fikirkan dan berjuang dengan segala ikhtiar manusiawi berpandukan al Quran dan as Sunnah dengan meletakkan halatuju dan kebajikan kehidupan ummah sampai ke hari qiamat dan hari perhitungan nanti. Selepas itu kita bersama-sama ummah membangunkannya dalam semua bidang kehidupan bersama-sama, bukan ambil politik sahaja yang lain tak payah. Nah! itu dia ulama’ pewaris Nabi. Selepas itu baru boleh kita yakin dengan Firman Allah ‘Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.’ al-Imran : 26
Pemimpin PAS telah meletakkan diri mereka dan wadahnya dalam situasi serba salah apabila mereka meninggalkan perjuangan ummah keseluruhan untuk menjaga 5 prinsip asas kehidupan dengan memilih perjuangan politik rakyat mendapat kuasa dengan memperkotak katikkan amanah ummah yang mereka ambil dari ummat Islam sebenarnya. Mereka terpaksa menggadai dan meninggalkan keutamaan, prioriti atau al-aulawiyat semasa menentukan maslahah atau mafsadah ummah dalam mengambil sebarang keputusan. Natijahnya sekarang ketika ummah sedang berjuang mempertahankan kalimah Allah supaya tidak dipermainkan oleh kaum kuffar. PAS terkebelakang berbanding ummah sendiri walaupun terpaksa berfikir panjang untuk menentukan sikapnya, kenapa ? Mungkin mereka teragak-agak kerana pemimpin No1 PR (DSAI), tidak berani mempamerkan sikap dan pendirian beliau secara terbuka dalam issu ini yang cukup mudah bagi ummah untuk mengetahui sebabnya iaitu takut kehilangan sokongan politik orang bukan Islam.
Kerana itu saya cukup tertarik dengan cabaran pihak-pihak tertentu kepada beliau sebagai Ketua Pembangkang yang beragama Islam untuk mengemukakan satu usul tergempar membincangkan permasalahan ini. Ya! kenapa tidak? Sekadar ini sahaja yang mampu saya sumbangkan demi Islam semoga Allah memberi pertolongan dan taufiqNya. Sekian wassalam. Dari Ummu el-Husna.
``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan