~* الحضارة
` Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.` as Saff 14. `Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada ummat yang memberi petunjuk dengan haq, dan dengan yang haq itu (pula) mereka menjalankan keadilan.` al-A`raf 181.
Selawat dan salam penuh penghormatan kepada Rasulullah saw, Muhammad ibni Abdillah, kaum keluarga dan seluruh sahabat radhiyallah anhum ajmaen. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru dan para alim-ulama` yang terus-menerus mempertahankan kesucian dan kebenaran Islam di sepanjang zaman, biarpun hancur bersepai tubuhnya dek peluru musuh.
Apa yang saya nak bincangkan pada kali ini ialah ulama`-ulama` jahat yang bertopengkan Islam yang menyarung pakaian serta jubah ulama` tetapi membuat kerja-kerja yang merosak atau meruntuhkan ummah. Dengan kelebihan ilmu yang ada dan kepercayaan serta sanjungan ummah kebanyakkan yang mudah percaya dan cepat sangat berjurus kepada hanya imej-imejan menjadikan mereka ini makhluk-makhluk perosak yang meruntuhkan masyarakat Islam dari dalam tanpa disedari akibat kelemahan ummah sendiri.
Sebenarnya kaedah atau pendekatan mereka makhluk perosak ini, telah lama bermula kurang-lebih 1400 tahun lalu sejak mereka mengetahui Nabi Muhammad saw mulai gering selepas mengerjakan haji yang terakhir… Maka bermulalah mereka mempengaruhi suku-suku kaum terutamanya qabilah sendiri. Mereka juga mula menyarung `jersi-jersi` kepimpinan dengan mendakwa menjadi `nabi` dan ada pula mendakwa sepatutnya kepimpinan `nabi` tersebut dibahagi 2, sebahagian wilayah Arab kepadanya sebahagian lagi kepada Muhammad saw tetapi Muhammad saw tidak melaksanakannya.
Sejarah telah mencatitkan kemunculan `nabi-nabi palsu` ini bukan seorang dua tetapi ramai. Malah setiap pendusta itu telah mendapat sokongan dari pengikut yang bukan sedikit malah berpuluh-puluh ribu waktu itu, bayangkan bagaimana `bijak`nya mereka dan lemahnya pemikiran ummah menjadi mangsa sindiket pemalsuan imej atau identiti itu. Pada ketika jarak masanya masih dikira sezaman dengan Nabi saw, terdapat ummah yang masih begitu mudah terikut dan terpedaya untuk memberi sokongan sampai sanggup mati berperang bersama ikon-ikon palsu mereka. Apakah mustahil atau peleknya jika zaman kita sekarang orang yang terlibat dengan sindiket pemalsuan imej atau identiti itu semakin ramai? Seterusnya ummah yang menjadi mangsa atau pak turut sahaja pula tentulah lebih ramai lagi jumlah mereka berbanding dahulu. Oleh itu jika saudara ummahku telah mula untuk boleh memahami keadaan atau menerima kemungkinan tersebut lebih mudah berlaku sekarang maka itulah sebenarnya mesej yang cuba untuk disampaikan dalam buletin kali ini dengan menyeru serta meminta supaya ummah sekelian lebih berhati-hati dan bijak untuk menilai yang mana permata intan asli dan yang mana pula hanya kaca. Yang mana `ulama` warasatul ambiya` dan yang mana ulama` waris kepada pendusta-pendusta di sepanjang zaman.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk ummah mengenali antara kedua-duanya? Tidak dapat tidak ummah mestilah mula untuk belajar berhati-hati, menyelidik, menyuluh sendiri dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah dan jangan lupa memohon pertolongan dari Allah swt. Jangan seperti sebelum ini suka sangat menerima dan menyokong entah apa-apa… hanya terbit dari sama warna, sama negeri, sama tempat mengaji, sama parti politik, sama menyerang musuh yang serupa, maka kita pun kata ulama` ni boleh pakai dan ulama` tuu pula tak terpakai langsung… penjilat dan sebagainya. Nabi Muhammad saw pun tak suruh ummatnya taasub kepada baginda atau keturunannya. Yang diperintahkan kita supaya ikut adalah ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah amalannya.
Kita boleh lihat sendiri dalam kehidupan sebenar harian seseorang yang dikatakan ulama` itu samada dia meletakkan kepentingan ummah dan Islam di depan macam yang dicontohi oleh Nabi saw dan para sahabat atau tidak. Tapi kalau dia pun jenis mementingkan jawatan dunia lebihkan kelompok dan anak beranak sendiri dari kepentingan Islam dan ummah, maka ummah yang sihat boleh menilai sendirilah bagaimana. Untuk lebih mudah lagi kita boleh nampak dalam keseluruhan `wajah` kehidupan seseorang itu apa yang dia bina atau membina hadharah apa? Jika Nabi dan para sahabat menunjukkan contoh yang jitu, bersungguh-sungguh mendaulatkan Hadharah Islamiyyah sedikit demi sedikit hingga merata. Sebaliknya pula jika yang dikatakan ulama` itu membina empayar kekayaan peribadi dan hidup pun mewah bukan sederhana atau zuhud. Sedangkan ummah kebanyakkan yang kononnya dia pimpin, lebih bawah lagi taraf kehidupan mereka dari sederhana atau zuhud… kita yang masih waras, boleh berfikir sendiri jenis ni nak kata apa…?
Begitu juga jika seseorang ulama` itu bergayut ke sana ke mari dengan sistem jahiliyyah dalam kehidupan cari makan malah perjuangannya pun menerima serta menjunjung sistem yang sama ( jahiliyyah), tidak pun bersungguh-sungguh membangunkan hadharah Islamiyyah sekadar cipta slogan `Membangun Bersama Islam` sahaja. Katanya nak bina hadharah Islamiyyah kena tunggu bagi dapat kuasa penuh dulu, lalu bagi mereka buatlah program-program bagi nampak baik sikit saja daripada UMNO atau BN, padahal serupa jugalah sistem tu juga, cuma perlu jaga rekod mesti lebih baik sikit dari kerajaan sebelum ini. Begitulah ummah yang betui bendul kat bawah ni, koi.. dok kena `kencing` selalu dengan depa begitu laa… Saya fikir ummat Islam boleh mula membuat rumusan sendiri… selama ini kita tertipu ka, tak perasaan ka.. atau bagaimana ka… pakat-pakat fikir-fikirlah bagi bernas dan molek.
Jika seseorang itu ilmuan biasa yang bukan kepimpinan ummah, mungkinlah boleh diterima lagi dok bergayut cari makan dengan sistem jahiliyyah dan tak bersungguh membangunkan hadharah Islamiyyah walaupun sikit-sikit. Tetapi kalau yang namanya kepimpinan ummah, tapi masih berwajah `songsang` dari contoh kepimpinan Nabi saw. Ini dah kira pelek atau bercanggah, samada dia tersalah pandu keretapi atau kita yang jadi ummah tersalah naik keretapi yang dia jadi pemandunya? Atau mungkin kita naik keretapi dari stesyen semua betui dah tetapi sebab perjalanan jauh… berpuluh ribu-ribu kilometer, ada orang lain (yang tak cekap memandu) ganti tengah jalan yang tak ketahuan halatujunya kut mana… Habis tuu kami nak buat macamana? Tak kan kami nak terjun kut… (mungkin ada ummah yang akan bertanya begitu)…tapi kalau tak terjun memang dok nampak nak menjunam gaung dalam `Putera Jaya Fall` di depan nuu..
Terlanjur cerita pasal keretapi PAS, bagi saya keretapi tuu walau apa pun terjadi padanya adalah sebagai iktibar yang cukup besar dan berguna kepada ummah. Manakala bagi ummah yang dah mula bergerak perlahan-lahan bersama-sama keretapi baru Ummah Islam teruskanlah mengikut landasannya yang betul. Kita doakan semoga perjalanan kali ini mendapat rahmat dari Allah swt dan jangan segan silu untuk belajar dari sejarah serta pengalaman, kejayaan maupun kesilapan sendiri atau orang lain. Seperkara lagi berhentilah di stesyen-stesyen kecil dan utama untuk mengambil penumpang mana tahu ada teman-teman lama yang ditakdirkan terselamat dari tragedi ngeri keretapi jatuh gaung `Putera Jaya Fall` tuu. Sekian sekadar bahan menungan. Dari Ibnu Ramadhan. ``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan